Archive for April, 2010
Sepatutnya hari ini ada deco kelas, tapi pagi tadi dapat sms dari Ellie kelas terpaksa di tunda. Ellie tak sihat. Memandangkan takde pelan nak keluar so saya teringin pula nak masak blueberry muffin + blueberry filling untuk minum petang.
Bau muffin ni sungguh wangi semasa dibakar. Satu rumah bau blueberry.
Sebelum dibakar….
Selepas dibakar…
1st tray tu macam terlama bakar, so 2nd tray reduce kan skit masa bakar. Next time dah tau berapa lama kena bakar.
Inilah rupa setelah dipotong dua…
Hari ini saya attend kelas Fondant Cake Deco dengan kak Min. Sebelum ni saya hanya belajar melalui youtube. Saya rasa perlu juga attend praktikal kelas sebab kadang-kadang ada tips yang memudahkan kita untuk deco kek. Saya sangat puas hati dengan kelas hari ini. Secara rasminya, saya akan mula mengambil order kek fondant. Insya-Allah….
Inilah hasil kek fondant saya.
















