Archive for September, 2010
Selepas Ramadhan, sibuk pula dengan open house, majlis pertunangan dan perkahwinan. Saya juga telah menerima beberapa tempahan untuk majlis pertunangan dan perkahwinan. Banyak juga jemputan rumah terbuka yang perlu dipenuhi.
Diana order 1200pcs choc muffin sebagai wedding doorgift. Terima kasih kepada hubbyku dan anak-anakku, diaorg banyak menolong especially bab packaging. Kalau saya seorang pengsan juga nak buat untuk 1200pcs.
Selamat Pengantin Baru Diana dan semoga jodoh kekal sehingga akhir hayat.
Meja yang telah penuh dan terselit pula kuih raya
1st time saya buat 3D kek yang berbentuk ketupat. Saya juga teruja sebab Rena minta tambah 3 figure yang terdiri daripada along, Rena dan adik. Mungkin figure tu tak serupa tapi Alhamdulillah saya dapat menghasilkan figure tersebut walaupun tak cantik sangat… hehehe
Thank you Rena!
Chocolate Cheese Cake + Buttercream Deco + Human Figurine
Happy Birthday Norma! Mula-mula saya cadangkan princess theme pada Hanim, tapi Hanim beritahu yang Norma lebih minat pada binatang dan toy story. So, saya porpose edible image watak-watak dalam toy story & madagascar. Di tengah-tengah susunan cupcake tu saya letak 3D elephant. Saya harap Norma suka.
25pcs Choc Moist Cupcake + Edible Image + Buttercream Deco + 3D Figurine (Elephant)

























