Archive for November, 2010
Lepas saya balik dari Sandakan, Nabilah awal-awal dah minta saya buat choc moist cake untuk dibawa ke sekolah sempena jamuan akhir tahun. "Umi, kakak nak kek bentuk love", itu adalah salah satu permintaan Nabilah selain daripada nak letak choc chip atas kek. Saya letak sikit aje choc chip sebab dah letak kepingan cooking choc. Since ada extra chocolate yang saya beli di airport, saya pun letak atas kek. Inilah hasil kek untuk Nabilah.
Kak Mariam order untuk anak lelaki dia yang akan menyambut hari lahir ke 10. Memandangkan tarikh yang kak Mariam order saya terpaksa outstation, saya terpaksa deliver sehari lebih awal. Minta maaf ya kak Mariam sebab terpaksa tukar tarikh dan terima kasih atas tempahan.
Choc Moist Cake + Choc ganache + Edible Image
Along Ira, anak sepupu saya order untuk sambutan hari jadi Ira. Mula-mula Ira request gumpaste untuk handbag/kasut/dress, tapi memandangkan dia order last minute saya tidak dapat memenuhi permintaan Ira. Saya cadangan drawing atas cupcake. Terima kasih Ira.
25pcs Choc Moist Cupcake + Buttercream Frosting + Drawing Deco




















