Archive for November, 2011
Hari ini baru berkesempatan untuk update blog saya selepas bercuti selama 8 hari. Lepas balik dari bercuti jadual saya telah dipenuhi dengan tempahan kek. Dah lama rasanya tak berjalan-jalan dan bercuti lama. Rasa puas sangat….
Destinasi percutian adalah ke Korea Selatan. Saya bukanlah peminat cerita korea, saya hanya betul-betul tengok cerita Full House sahaja. Tapi disebabkan ada kawan yang gila cerita korea jadi saya dapat tahu background tempat-tempat yang kitaorang pegi dari diaorang. Kebanyakan tempat-tempat tu adalah tempat lokasi filem atau drama korea.
Pada sesiapa yang berminat untuk ke Korea, sila pastikan kaki anda kuat ya hehehehe. Banyak turun naik bukit tapi saya rasa berbaloi. Now back to work….
Saya just share beberapa gambar yang diambil di Nami Island, tempat pengambaran cerita Winter Sonata.




