Archive for the ‘Others’ Category
~ Ini adalah sticky post, scroll ke bawah untuk melihat hasil deco saya ~
Assalammualaikum…
Terdapat sedikit perubahan pada harga produk di BakingLover…..
Harga baru ini berkuatkuasa serta merta bermula hari ini.
Senarai harga kek/cupcake/tartlet http://www.bakinglover.com/menu-price-3/
Bagi sahabat yang telah menerima quotation tapi belum confirm order, tiada perubahan pada harga yang diberikan.
Terima Kasih yang tidak terhingga diatas sokongan sahabat semua…
~ Love you and Happy Always ~
Alhamdulillah…. 14 Jan 2012 adalah ulangtahun perkahwinan ke 11 saya dah suami yang tersayang. Saya hanya mohon kepada Allah semoga rumahtangga ini kekal hinggu akhir hayat kami, Insya-Allah.
My Husband,
You are my partner,
my sweetheart, my
confidante and advisor,
my comforter and friend…
You are my quiet place
away from the rest
of the world
Happy Wedding Anniversary
I know I’m sometimes thoughtless
And forget to say and do
The many little things I should
To show my love for you
But since our anniversary’s here,
I just want to say,
That always, deep within my heart
I love you more and more each day!
Saya order cupcake & choc bouquet dari Ellie De’Heart dan minta tolong dia buat surprise delivery. Thanks a lot Ellie for the beautiful bouquet….
Hari ini baru berkesempatan untuk update blog saya selepas bercuti selama 8 hari. Lepas balik dari bercuti jadual saya telah dipenuhi dengan tempahan kek. Dah lama rasanya tak berjalan-jalan dan bercuti lama. Rasa puas sangat….
Destinasi percutian adalah ke Korea Selatan. Saya bukanlah peminat cerita korea, saya hanya betul-betul tengok cerita Full House sahaja. Tapi disebabkan ada kawan yang gila cerita korea jadi saya dapat tahu background tempat-tempat yang kitaorang pegi dari diaorang. Kebanyakan tempat-tempat tu adalah tempat lokasi filem atau drama korea.
Pada sesiapa yang berminat untuk ke Korea, sila pastikan kaki anda kuat ya hehehehe. Banyak turun naik bukit tapi saya rasa berbaloi. Now back to work….
Saya just share beberapa gambar yang diambil di Nami Island, tempat pengambaran cerita Winter Sonata.
Saya mohon maaf kepada semua sahabat kerana buat masa sekarang saya terpaksa menghentikan pengambilan tempahan kek buah kukus. Mentega Golden Churn adalah salah satu bahan yang saya gunakan dan baru-baru ini saya dapat tahu yang mentega tersebut mempunyai DNA Babi.
Sahabat tidak perlu risau dengan bahan kek-kek saya yang lain. Mentega ini hanya digunakan untuk kek buah kukus sahaja. Insya-Allah.
Terima kasih yang tidak terhingga diatas segala sokongan sahabat semua.
Kepada sesiapa yang berminat untuk menempah Homemade Chocolate, sila layari blog kawan saya ini http://nittrell-choc.blogspot.com/. Niti baru menceburi bidang chocolate. Best of luck my dear Niti, jgn cepat putus asa.
Selsema telah menjengah sejak hari Ahad…. Semoga kesihatan saya tidak bertambah teruk. Setakat hari ini, saya masih larat tapi slow motion aje. Kerja dipejabat tetap kena buat plus order yang telah diambil. Saya just kena make sure tidur cukup.
Hari ini saya kuatkan semangat juga untuk bagi training di Shah Alam. Nak cancel, dah last minute sangat… nak ganti orang lain kesian plak sebab orang yang nak ganti pun kena prepare. Alhamdulillah training goes well.
Nabilah, anak sulung saya memang suka tengok saya deco kek. Dia selalu offer nak tolong tapi saya tak bagi. Lagipun kek orang. Akhirnya saya jumpa satu kelas deco untuk kanak-kanak. So, Nabilah excited sangat dan tak sabar-sabar nak pegi kelas. Inilah hasil deco Nabilah yang telah menghadiri Little Cheff Class @ Sugarflours bersama dengan anak kawan cum jiran saya Nureen. Bila dah terror boleh tolong ummi….
Nabilah & Nureen
Mini Cake Nabilah
Mini Cake Nureen
Sepanjang minggu lepas, saya tidak berapa sihat. selama 3 hari saya MC dan telah ditahan di bilik kecemasan untuk masuk air. Saya mohon maaf kerana tidak dapat menerima tempahan. Tapi bagi order yang saya telah terima lama, saya kuatkan semangat untuk menyiapkan order tersebut.
Alhamdulillah, hari ini saya telah bertambah sihat cuma kena slow & steady. Tak boleh aktif sangat, sebab saya cepat letih. Kerja di pejabat pun banyak yang menunggu. Hopefully, esok saya lebih sihat untuk melaksanakan kerja-kerja dipejabat dan hobi saya.













